Perang Sambungan
Perang Sambungan

Perang Sambungan

Kemenangan Soviet[1][2][3]Asia-PasifikMediterranean dan Timur TengahKempen lainRampasan kuasaLaut Baltik - Laut Hitam - Artik - (Rösselsprung - Konvoi PQ 17 - Wunderland)1941Barbarossa - (Białystok dan Minsk - Smolensk - Uman - Leningrad - Kiev Pertama - Sevastopol - Rostov - Moscow) - Finland - Chechnya1942Pertempuran Rzhev - (Toropets dan Kholm - Demyansk - Velikiye Luki - Mars) - Kharkov Kedua - Case Blue - Stalingrad - (Uranus - Winter Storm)1943Kharkov Ketiga - Kursk - Smolensk Kedua - Dnieper Hilir - Kiev Kedua1944Dnieper dan Carpathian - Leningrad dan Novgorod - Narva - Poket Hube - Crimea - Jassy-Kishinev - Karelia - Bagration - Lvov dan Sandomierz - Jassy-Kishinev Kedua - Baltik - Debrecen - Petsamo dan Kirkenes - Hungary1945The Perang Sambungan, juga dikenali sebagai Perang Kedua Soviet-Finland, adalah konflik yang diperjuangkan oleh Finland dan Jerman Nazi, terhadap Soviet Union (USSR) dari tahun 1941 hingga 1944, sebagai sebahagian daripada Perang Dunia II.[Note 3] Dalam pensejarahan Soviet, peperangan ini dipanggil Perang Patriotik Besar Medan Finland.[Note 4] Pihak Jerman menganggap operasinya di kawasan ini sebagai sebahagian daripada usaha keseluruhan perang di Barisan Timur dan menyediakan Finland dengan bantuan material yang penting dan sokongan ketenteraan, termasuk bantuan ekonomi.[19]Perang Sambungan bermula 15 bulan selepas berakhirnya Perang Musim Sejuk, juga melibatkan Finland dan KRSS. Terdapat banyak alasan yang diusulkan oleh serangan Finland, untuk mendapatkan balik wilayah yang hilang semasa Perang Musim Sejuk. Justifikasi lain untuk konflik tersebut merangkumi visi Presiden Ryti tentang Finland Raya dan keinginan Panglima Tertinggi Mannerheim untuk mengilhak Karelia Timur. Rancangan untuk serangan itu dijalankan bersama Wehrmacht dan puak-puak pemimpin politik dan tentera Finland bersama pegawai kerajaan lain. Meskipun terdapat kerjasama dalam konflik ini, Finland tidak pernah menandatangani Pakatan Tiga Pihak secara formal, walaupun mereka menandatangani Pakatan Anti-Comintern. Kepimpinan Finland menyatakan pakatan mereka dengan Jerman sebagai mempertahankan diri.Pada Jun 1941, dengan bermulanya pencerobohan Jerman ke atas Soviet Union, Angkatan Bersenjata Finland melancarkan serangan selepas daripada serangan udara oleh Soviet. Menjelang September 1941, Finland menawan semula konsesi pasca–Perang Musim Sejuknya kepada Soviet Union: iaitu Segenting Karelian dan Ladoga Karelia. Namun, Tentera Darat Finland meneruskan serangan melewati sempadan pra-1939 dengan penaklukan Karelia Timur, termasuk Petrozavodsk, dan hanya berhenti sekitar 30–32 km (19–20 bt) dari pusat Leningrad, di mana mereka terlibat dalam mengepung bandar tersebut dengan memotong laluan bekalan utaranya dan bertahan sehingga tahun 1944.[Note 5] Di Lapland, tentera bersama Jerman–Finland gagal menawan Murmansk atau memintas Landasan Keretapi Kirov (Murmansk), laluan transit untuk peralatan pinjam sewa ke KRSS. Konflik tersebut stabil dengan hanya pertempuran kecil sehingga gelombang peperangan beralih melawan Jerman dan penyerangan strategik Soviet di Vyborg–Petrozavodsk pada Jun 1944. Serangan itu menolak askar Finland keluar dari sebahagian besar wilayah yang mereka tawan semasa peperangan, tetapi tentera Finland menghentikan gerakan serangan tersebut pada Ogos 1944.Permusuhan antara Finland dan KRSS berakhir dengan gencatan senjata, yang bermula pada 5 September 1944, disahkan oleh tandatangan Peletakan Senjata Moscow pada 19 September 1944. Salah satu syarat perjanjian ini ialah pengusiran, atau pelucutan senjata, mana-mana tentera Jerman dalam wilayah Finland, yang menyebabkan berlakunya Perang Lapland antara Finland dan Jerman. Perang Dunia II telah ditamatkan secara rasmi oleh Finland dan kuasa-kuasa kecil Paksi dengan penandatanganan Perjanjian Damai Paris pada tahun 1947. Perjanjian tersebut mengesahkan penyerahan wilayah dari peletakan senjata 1944: pengembalian sempadan seperti Perjanjian Damai Moscow tahun 1940, penyerahan bandar Petsamo (Bahasa Rusia: Пе́ченгский райо́н, Pechengsky raion) dan pajakan Semenanjung Porkkala kepada KRSS. Tambahan lagi, Finland dikehendaki membayar $300 juta dalam ganti rugi perang kepada KRSS, memikul sebahagian tanggungjawab peperangan, dan mengakui bahawa ia telah menjadi sekutu Jerman.[28][29]Jumlah kematian adalah 63,200 Finland dan 23,200 Jerman mati atau hilang dalam peperangan, selain 158,000 dan 60,400 cedera. Anggaran rakyat Soviet yang mati atau hilang sekitar 250,000 hingga 305,000 orang manakala 575,000 dianggarkan cedera atau jatuh sakit.

Perang Sambungan

Tarikh 25 Jun 1941 – 19 September 1944
(3 tahun, 2 bulan, 3 minggu dan 4 hari)
TarikhLokasiKeputusanPerubahanwilayah
Tarikh25 Jun 1941 – 19 September 1944
(3 tahun, 2 bulan, 3 minggu dan 4 hari)
Lokasi
Finland, Karelia, dan kawasan Murmansk
Keputusan

Kemenangan Soviet[1][2][3]

Perubahan
wilayah
Lokasi
Finland, Karelia, dan kawasan Murmansk
Perubahanwilayah
Keputusan

Kemenangan Soviet[1][2][3]